Bersabarlah
Tatkala orang yang fikirkan dirinya tinggi ilmu, pengalaman dan sebagainya
Mengatakan dirinya dan pendapatnya saja yang benar
Bersabar jelah.
Kalau digaduhkan, kita sama je macam dia
Jangan jadi seperti dia
Kita tahu kita tidak suka akan perangainya
Jadi nak ke kita jadi macam dia?
Taknak kan.
Jadi,
Biarkan je dia dengan pendapat dan dirinya sahaja
Lama-lama akan ada karma yang jatuh padanya
Biar dia tahu maksud sebenar langit tinggi rendah
Bersabarlah
Walaupun dia mengatakan kita anak derhaka
Tidak menghormati orang tua dan sebagainya
Bersabar jelah
Kerana Allah sedang menguji kita
Bukan kerana Allah membenci kita
Allah ini Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap hati mahluknya
Jadi bersabar jelah.
Sesungguhnya sabar itu indah... bagi orang yang bersabar
Dan bagi orang yang tidak sabar... dia sebenarnya sudah kalah akan dirinya.